Blogger Layouts

Sunday 4 December 2011

LABU SAYONG

Labu Sayong adalah salah satu seni tembikar hasil seni kraftangan yang diperbuat daripada tanah liat yang diuli , diterap dengan pelbagai corak , diasap serta dibakar untuk menghasilkan satu rupa bentuk yang sungguh berseni dan unik.

Tembikar yang lebih dikenali sebagai Labu Sayong berwarna hitam banyak terdapat di Sayong , daerah Kuala Kangsar , Perak.

Wujudnya labu hitam ini daripada buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air.

Suatu masa dahulu , labu hitam adalah alat penting yang digunakan sebagai bekas menyimpan air minuman di majlis kenduri.

Keistimewaan labu hitam ini adalah airnya yang sejuk dan dipercayai boleh menjadi penawar kepada beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas.Labu Sayong juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.

Bntuk Labu Sayong menekankan sifat semulajadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan.Rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi , pucuk rebung , bunga cengkih dan juga calaran-calaran geometrik yang harmoni.

JENIS-JENIS LABU SAYONG





PERALATAN YANG DIGUNAKAN




PROSES PEMBUATAN LABU SAYONG



0 comments: