Blogger Layouts

Wednesday 23 November 2011

SEJARAH ORIGAMI

Origami merupakan seni melipat kerta yang sangat terkenal di negara Jepun.Bentuk kertas yang dilipat boleh berupa haiwan , tumbuh-tumbuhan ataupun benda-benda tertentu.

Origami boleh menggunakan berbagai jenis bentuk kertas , boleh menggunakan kertas putih ataupun keras warna

Origami dipercayai telah ada sejak pertama kali kertas digunakan , iaitu pada abad pertama Cina oleh Ts'ai Lun.Contoh-contoh awal origami yang berasal dari cina antara lain ialah tongkang cina dan kotak.Pada abad ke enam , cara pembuatan kertas itu kemudian dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab ke Jepun(610M) oleh seorang sami Buddha yang bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku.

Di Jepun , origami dipercayai telah ada sejak zaman Heian (741-1191) di kalangan kaum sami Shinto sebagai penutup botol sake(arak beras) saat upacara penyembahan wanita dan kanak-kanak.Pada masa itu origami masih dikenal dengan istilah orikata,orisui ataupun orimono.

Dalam perkembangannya , origami telah menjadi satu identiti dengan budaya Jepun yang diwariskan secara turun-temurun dari masa ke semasa.Origami terus berkembang dengan menggunakan kertas asli Jepun yang disebut Washi.

Saat ini origami telah menajdi sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dari budaya orang Jepun terutama dalam upacara adat keagamaan Shinto yang tetap dipertahankan hingga sekarang.

0 comments: